Koleksi Artikel Mengandung.com

Ketahui Prosedur Kelahiran
oleh Prof Dr Azizan

 Cetak Laman Ini
  1. EPISIOTOMI
    Satu potongan menyerong akan dilakukan pada bahagian faraj bertujuan untuk membesarkan bukaan faraj dan mengelak berlaku pengoyakan. Ia diperlukan sekiranya bayi berkedudukan songsang, tidak cukup bulan, dalam bahaya atau bayi mempunyai kepala besar atau bukaan faraj masih belum cukup tegang walaupun sudah hampir bersalin. Luka ini akan sembuh dalam 10-14 hari.

  2. Secara Bantuan
    Prosedur ini dilakukan apabila ibu sudah tidak mampu meneran untuk menolak bayi keluar atau kepala bayi terlalu besar.

    Forcep - digunakan apabila serviks terbuka sepenuhnya dan kepala sudah turun. Diletakkan pada kedua-dua belah kepala bayi dan perlahan-lahan menariknya keluar. Sekiranya bayi songsang atau tidak cukup bulan, forcep akan melindungi kepala bayi dari tekanan di dalam kanal kelahiran. Forcep mungkin melukakan dan kesan lebam akan hilang dalam masa beberapa hari.

    Vakum - dilakukan apabila proses kelahiran mengambil masa yang lama sedangkan bukaan tidak berlaku sepenuhnya. Satu cawan logam bersambung pada sebuah pam vakum, dimasukkan ke dalam faraj dan dilatakkan kepada kepala bayi. Bayi akan disedut keluar perlahan-lahan melalui kanal kelahiran sambil ibu membantu dengan cara meneran. Vakum akan memberi kesan bengkak dan lebam bahagian atas kepala, namun ia akan hilang beberapa hari kemudian.

  3. Induksi
    Dilakukan secara paksa (buatan), sekiranya kehamilan melebihi tarikh jagkaan seminggu atau bayi berada di dalam keadaan merbahaya, placenta tidak berfungsi, masalah tekanan darah tinggi atau masalah lain yang boleh mengancam nyawa ibu dan anak yang dikandung.

    Peseri - memasukkan hormon untuk melembutkan serviks ke dalam faraj. Ibu akan bersalin dalam tempoh sejam. Teknik ini lebih digemari kerana ibu dapat bergerak bebas dan mengelak mentuban dari pecah.

    Memecahkan mentuban - satu lubang kecil pada mentuban yang mengelilingi bayi akan dibuat sekiranya proses kelahiran masih belum bermula dalam masa 8 hinggga 12 jam. Kotraksi akan bermula tidak lama kemudian.

    Hormon mengecutkan rahim - satu drip pada lengan dengan kadar terkawal akan diberikan. Kontraksi akan berlaku lebih kerap.

  4. Pembedahan
    Bayi akan dilahirkan melalui abdomen. Sekiranya caesarean telah dirancang, ibu boleh menjalani di bawah epidural supaya ibu sedar sepanjang pembedahan. Pembedahan mengambil masa lebih kurang 25-30 minit. Selepas enam minggu ibu akan sihat sepenuhnya dan kesan parut akan mulai pudar selepas 3-6 bulan.

Sekian.

Jika anda fikir topik ini berfaedah kepada anda, ada baiknya anda kongsikan maklumat ini bersama rakan anda yang lain. Sila klik di sini untuk me-war-warkannya.

Other Resources

Sekiranya anda belum lagi mendapatkan Laporan Rahsia Bersalin Mudah, sila dapatkan sekarang dengan memasukkan nama dan alamat email anda di bawah!

Nama Anda:
Alamat Email:


[Email Anda Adalah Rahsia
dan Saya Tidak Akan Mendedahkannya
Kepada Sesiapa Pun, Janji!]

Recomended Solution

Set Rumusan Lengkap Salindah
Dari Awal Kehamilan Sehingga Habis Pantang

RTA

RTA merupakan remedi
Homeopati yang dirumus khas
untuk membetulkan kedudukan songsang bayi dalam kandungan. Cara makan - sebiji 2 kali sehari.


© 2006 Mengandung.com
Powered by Netpreneur Management and Consultancy