Koleksi Artikel Mengandung.com

Jarak Kehamilan Perlu DiRancang
oleh Prof. Datuk Dr. Hamid Arshat

 Cetak Laman Ini

Kelolaan: ROSLAH OTHMAN

Reaksi wanita terhadap keadaan demikian adalah berbeza antara satu sama lain. Ada yang terpaksa menerimanya walaupun di segi mental dan fizikalnya mereka belum bersedia menghadapi proses kehamilan dan kelahiran dalam waktu yang singkat.

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Prof Datuk Dr. Hamid Arshat, merancang kehamilan merupakan antara perkara yang perlu dilakukan bagi memudahkan wanita menjarakkan kehamilan yang seterusnya.

Bagi wanita yang melahirkan anak secara normal atau pembedahan mereka dinasihatkan menjarakkan kehamilan yang seterusnya sekurang-kurangnya dua tahun bagi memastikan rahim mengecut dan kembali kepada bentuk asal dan parut rahim menjadi kuat.

Ini kerana terdapat bukti-bukti saintifik dari kajian yang menunjukkan kelahiran dalam jarak waktu yang dekat mempunyai banyak risiko ke atas wanita dan bayi baru yang akan dilahirkan. Ini terutamanya kepada wanita yang melalui proses pembedahan.

Menurutnya, pembedahan 'caesarean' ialah suatu jenis kaedah pembedahan yang dilakukan ke atas wanita-wanita hamil untuk melahirkan anak disebabkan anak yang dikandung tidak dapat dilahir secara proses normal.

Katanya, adalah penting bagi wanita yang menjalani pembedahan berbincang dengan doktor untuk mengetahui mengapa pembedahan tersebut dilakukan, apakah prospek kelahiran di masa akan datang sama ada dia memerlukan ulangan pembedahan ataupun dia boleh melahirkan anak secara proses biasa serta cara-cara menjarakkan kelahiran.

Katanya, pembedahan kebiasaannya dilakukan keatas bakal ibu untuk menyelamatkan nyawa ibu, anak atau kedua-duanya. Tambahnya, pembedahan tersebut boleh dilakukan secara cemas atau diatur.

''Banyak faktor yang menyebabkan bakal ibu terpaksa menjalani pembedahan. Ini termasuklah keadaan tulang punggung ibu terlalu sempit, bentuk dan saiz uri yang luar biasa dan bayi kekurangan oksigen,'' katanya.

Menurutnya, seperti lain-lain jenis pembedahan terdapat beberapa risiko yang dialami oleh ibu yang menjalankan pembedahan 'caesarean' namun dengan teknologi moden, peratus bahaya adalah sangat kecil.

Menurutnya lagi, satu masalah yang masih berlaku dan boleh mengancam nyawa wanita ialah kerosakan paru-paru. Ini biasanya disebabkan oleh cecair dari perut yang mengandungi asid melimpah masuk ke dalam paru-paru atau dikenali sebagai mendelson syndrome.

''Wanita yang akan menjalani pembedahan biasanya dinasihatkan tidak makan ketika sedang sakit bersalin. Jika perlu mereka cuma boleh meminum air kosong sahaja kerana jika terpaksa melakukan pembedahan secara cemas dan perut berisi makanan atau minuman, kemungkinan kandungan perut akan melimpah masuk ke dalam paru-paru,'' katanya.

Prof Dato' Dr Hamid menjelaskan, proses pemulihan dari pembedahan adalah sama seperti pembedahan lain di mana kebiasaannya wanita berkenaan perlu menjauhi makanan pada hari pertama dan kedua dan segala makanan dan minuman diberikan secara 'drip'.

Katanya, jagaan sejurus selepas pembedahan adalah dikendalikan oleh para doktor dan jururawat.

Menurutnya, seperti melahirkan anak secara kelahiran normal, wanita ini juga perlu menjalani tempoh masa pantang sekurang-kurangnya 42 hari.

''Mereka tidak perlu melanjutkan waktu pantang kerana pemulihan luka dari pembedahan biasanya sembuh selepas dua minggu dan tisu baru menjadi pulih seperti biasa selepas empat hingga enam minggu.

''Selain sayur-sayuran dan buah-buahan, sumber makanan daripada daging dan ayam digalakkan untuk diambil bagi mempercepatkan proses pemulihan,'' katanya.

Tambah Prof Dato' Dr Hamid, mereka juga digalakkan untuk bangun dan berjalan-jalan dengan secepat mungkin untuk meningkatkan aliran darah.

Tambah beliau lagi, ubat penawar sakit sering diberikan secara suntikan pada hari pertama dan tablet pada hari kedua dan seterusnya.

Menyentuh mengenai hubungan kelamin, Hamid menjelaskan pasangan suami isteri boleh memulakan persetubuhan selepas tempoh pantang seperti mana yang dilakukan oleh wanita yang melahirkan anak secara kelahiran biasa.

Jika anda fikir topik ini berfaedah kepada anda, ada baiknya anda kongsikan maklumat ini bersama rakan anda yang lain. Sila klik di sini untuk me-war-warkannya.

Other Resources

Sekiranya anda belum lagi mendapatkan Laporan Rahsia Bersalin Mudah, sila dapatkan sekarang dengan memasukkan nama dan alamat email anda di bawah!

Nama Anda:
Alamat Email:


[Email Anda Adalah Rahsia
dan Saya Tidak Akan Mendedahkannya
Kepada Sesiapa Pun, Janji!]

Recomended Solution

Ekonopek Griptite


1. Griptite


2. Jitra Tablet

B1 dan L12

© 2006 Mengandung.com
Powered by Netpreneur Management and Consultancy