




|
Salindah sebagai Rencana Pemakanan Kesihatan dan Rawatan Ibu Hamil dari awal kehamilan sehingga habis pantang. Ibu Ibu hamil yang bijak memilih Salindah sebagai pemakanan dan rawatan sepanjang tempoh hamil hingga habis pantang. Dengan kebaikan rumusan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang istimewa ini, zaman kehamilan kini bukan lagi suatu kebimbangan malah lebih indah dan menyeronokkan. Ianya membantu ibu ibu melahirkan si manja dengan lebih mudah. |
|
| Baca lagi... |
| ? Rausyanfikr |
|
|
|
| Ditulis oleh Miey Ahmad | |
| Sabtu, 01 Disember 2007 | |
|
Rausyanfikr Husaynie ialah anakku yang pertama bersama suamiku J. Kami sungguh excited dengan nama ni, hinggakan suamiku mem "print" nya di atas kertas A4 dengan font yang besar;-) Di awal kehamilan lagi "nama" ini telah muncul dan kami hanya menunggu masa sahaja ke JPN untuk secara rasmi mendaftarkannya;) Bukankah menjadi tanggunjawab kita (ibu bapa) memberikan nama nama yang baik kepada anak kita, kerana di akhirat nanti, dengan nama itulah mereka akan dipanggil. Nama "Rausyanfikr" ini tercetus di dalam fikiran kami hasil dari kata "rausyanfikr" yang dijelaskan di dalam sebuah buku bertajuk "Warisan Shariati" tulisan Jalaluddin Rakhmat bertajuk "Panggilan Untuk Ulil Albab". Pengasas kepada idea, konsep dan peranan "rausyanfikr" ialah seorang Pemikir Iran yang tersohor, iaitu Dr. Ali Syariati.
Berikut kami perturunkan teks asal dari buku tersebut...
Ya itulah intipati Rausyanfikr, dan memang belum semua ciri ciri rausyanfikr itu ada pada kami (@ kita), tetapi menjadi inspirasi untuk terus kita berusaha mencapai ke arahnya, insya ALLAH. Oh ya, kenapa kami gandingkan dengan Husaynie? Kerana sempena nama cucu Rasulullah yang juga bakal menjadi Ketua Pemuda di Syurga kelak. Hmm... nanti kami nak share nama anak kami yang kedua... Irfan Zuhayr. Nak prepare sarapan dah nih... MA. |
|
| Terakhir dikemaskini ( Selasa, 22 April 2008 ) |
| Seterusnya > |
|---|