• Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
JA slide show

Maklumat Terkini

Sabun Taharah ~ Sabun Tanah Liat Pertama Seumpamanya di Malaysia

 Sesuai untuk digunakan untuk seisi keluarga. Berkesan untuk menghaluskan, memutih dan menghilangkan kesan parut pada kulit. Malah boleh digunakan untuk atasi masalah kulit gatal dan panau.

Baca lagi...
 
Utama arrow Informasi
Advertisement
Informasi
Amalan Yang DiGalakkan Semasa Hamil PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Selasa, 20 Januari 2009

Berikut dikongsikan beberapa amalan yang digalakkan untuk ibu semasa hamil:

  1.  Makan pelbagai jenis makanan yang berzat dan seimbang berasaskan Piramid Makanan. Bagi rakan ibu yang mengalami masalah kesihatan, makan sebagaimana yang disarankan oleh doktor anda.
  2. Teruskan kerja-kerja harian seperti biasa disamping bersenam mengikut kemampuan.
  3. Menjaga kebersihan diri dan persekitaran.
  4. Tidur dan rehat yang mencukupi.
  5. Mendapatkan pemeriksaan kehamilan mengikut jadual.
  6. Mengambil ubat-ubatan atau suplimen seperti yang diarah atau disarankan.

Sehingga bertemu di informasi seterusnya.

Salam ceria.

MA

 
Amalan-Amalan Bahaya Semasa Hamil PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Ahad, 11 Januari 2009

Amalan-amalan berikut mengancam keselamatan ibu dan janin:

  1. Mengurut atau mengubah kedudukan janin.
  2. Pengambilan jamu, herba dan ubat-ubatan, minuman keras dan merokok.
  3. Pengambilan makanan yang tinggi lemak, gula dan garam.
  4. Melakukan kerja-kerja berat, menunggang basikal atau memandu pada akhir kehamilan.
  5. Melakukan hubungan kelamin jika berlaku pendarahan dari faraj atau kedudukan uri di bawah.
  6. Mengunjungi pesakit yang menghidapi penyakit berjangkit seperti campak, tibi terutamanya peringkat awal kehamilan.
Sehingga bersambung informasi seterusnya.
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 16 Februari 2009 )
 
Kelahiran Yang Selamat PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Rabu, 07 Januari 2009

Assalamualaikum wr wbt, dan
Salam hormat buat semua rakan ibu,

Semalam saya telah terbaca satu artikel menarik untuk dikongsi bersama selepas membuat pemeriksaan di klinik ibu hamil.  Alhamdulillah kandungan saya ok, cuma kandungan darah agak kurang dan berlaku sedikit lebihan gula dalam darah dan urine test.  Doktor menasihatkan agar menjaga diet makan agar tidak berlaku lagi lebihan gula untuk sesi lawatan dan pemeriksaan doktor pada minggu hadapan.

Berikut artikel yang saya terbaca berkaitan "Kelahiran Yang Selamat":

Kelahiran yang selamat adalah kelahiran yang disambut oleh anggota kesihatan yang terlatih dalam bidang kebidanan sama ada di rumah, pusat risiko rendah atau hospital. Manakala kelahiran yang tidak selamat bermaksud kelahiran yang tidak disambut oleh anggota terlatih dalam bidang perbidanan samada di rumah, dalam perjalanan ke klinik atau hospital.

Apakah akibat kelahiran tidak selamat?

  • Kepada Ibu
  1. Pendarahan yang teruk @ banyak yang boleh menyebabkan renjatan dan kematian ibu.
  2. Kelahiran yang tersekat @ tersangkut.
  3. Berlaku koyakan yang teruk di sela paha dan pintu rahim @ kemaluan.
  4. Jangkitan akibat penggunaan peralatan yang tidak basmi kuman.
  5. Peranakan @ rahim boleh pecah (reptre uterus)
  6. Lekat Uri
  7. Masalah kesihatan kepada ibu sepert :-

                 # Sawan jika ibu mengalami tekanan darah tinggi
                 # Kegagalan jantung ibu

    • Kepada Bayi
  1. Lemas tertelan air mentuban
  2. Kecederaan di bahagian otak yang boleh menyebabkan terencat akal.
  3. Bayi bersaiz besar boleh tersangkut ketika dilahirkan dan mengalami kecederaan di anggota lain.
  4. Kesejukan (hipotermia).
  5. Kematian bayi.
  6. Jangkitan kuman seperti tetanus neonatorum disebabkan penggunaan peralatan yang tidak suci hama untuk memotong tali pusat.

Kebaikan bersalin dengan anggota terlatih:

  1.  Aggota kesihatan terlatih mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kebidanan, dapat mengesan dan bertindak ke atas sebarang masalah yang mungkin timbul.
  2. Terdapat peralatan yang lengkap dan teknologi terkini untuk mengendalikan kelahiran.
  3. Tempat yang bersih dan peralatan yang suci hama dapat mengurangkan risiko jangkitan pada ibu dan bayi baru lahir.
  4. Perkhidmatan yang boleh diperolehi bila-bila masa.

Apakah tanda-tanda sakit hendak bersalin?

  1.  Sakit yang kerap di bahagian abdomen @ perut.
  2. Keluar lendir bercampur darah dari kemaluan.
  3. Pecah mentuban.
  4. Sakit di bahagian pinggang dan pinggul.
Sekiranya rakan ibu mengalami salah satu atau lebih tanda-tanda di atas, hubungi bidan kerajaan atau terus ke hospital dengan segera. Anda sebenarnya hendak bersalin...
Petikan artikel: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
Terakhir dikemaskini ( Rabu, 07 Januari 2009 )
 
Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 Dan Tahun Baru Masihi 2009... PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Rabu, 31 Disember 2008

Assalamualaikum wr wbt, dan
Salam ceria buat semua rakan ibu di Mengandung.com...

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah dan Masihi!!!

Tahun baru hijrah kali ini, saya sekeluarga betul-betul berhijrah.  Kami sekeluarga telah berhijrah ke Kelantan untuk membantu mengurus beberapa projek di sini. Musim hujan nampaknya belum berakhir.

Namun...

Hari ini hari penuh kenangan dan sejarah bagi saya sekeluarga. Hari ini adalah hari Ulang Tahun Perkahwinan kami yang ke-8.  Sempena ulang tahun perkahwinan ini, anak sulung kami mendaftar sekolah tahun satu.  Tahun ini bermula dengan semangat dan azam yang berkobar-kobar. Semoga Allah swt memberikan keberkatan dan  mencurahkan limpahan rezeki buat kami sekeluarga, InsyaAllah.  Begitu juga hendaknya dengan perjalanan kehidupan rakan-rakan Mengandung.com semua.

Alhamdulillah, kehamilan saya yang telah mencecah minggu ke 28. Semuanya ok. Bayi dalam kandungan, Alhamdulillah sihat. Kini saya telah mula membuat persiapan dan kelengkapan awal untuk bayi baru yang dijangka lahir pada 08 Mac 2009 ini. 

Sehingga perkembangan informasi seterusnya...

Salam penuh ceria.

MA

 

 

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 31 Disember 2008 )
 
Salam Aidil Adha Buat Semua... PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Selasa, 09 Disember 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

Kemeriahan masih terasa hari ni, saya mohon maaf kerana semalam sebab terlalu penat tak sempat nak ucap Selamat Hari Raya buat semua rakan dan teman Mengandung.com.

Sudah tentu ada rakan-rakan yang dah mula kerja hari ni. Jangan sedih. 

Semoga limpah dan rahmat Allah S.W.T senantiasa bersama anda semua.

Saya masih di kelantan dan semalam 3 ekor lembu telah di korbankan.

Berikut antara gambar-gambar yang sempat di rakam suami tersayang...

Semoga apa jua yang kita lakukan beroleh keberkatan Allah swt.

Salam ceria selalu.

MA

 

 

 

 

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 09 Disember 2008 )
 
<< Mula < Seb 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>

Keputusan 19 - 27 terhadap 82

eKedai


List All Products


Advanced Search
Show Cart
Your Cart is currently empty.