|
Ditulis oleh Miey Ahmad
|
|
Jumaat, 31 Oktober 2008 |
|
TUNGKU HERBA MODEN BAIK UNTUK KESIHATAN SEISI KELUARGA
 - Tungku Herba Moden ini diadun dengan campuran Herba Tradisional bertindak secara Fisioterapi melalui Pad Pemanas Elektrik.
- Istimewa digunakan untuk ibu selepas bersalin dan kepada yang mementingkan kesihatan.
- Mudah diguna dan di bawa ke mana-mana.
- Kawalan suhu panas secara Otomatik.
- Tidak Perlu Distimkan - Hanya On Swis
- Boleh diguna oleh seisi keluarga
- Boleh digunakan selama 3 - 6 tahun
Harga: RM150 KEBAIKAN BERTUNGKU - Melancarkan perjalanan darah
- Memanaskan badan si ibu selepas bersalin
- Memecahkan darah beku
- Mampu merawat rahim dan organ yang lain dengan kaedah refleksiologi
WAKTU BERTUNGKU Biasanya dilakukan setelah selesai berurut di awal pagi atau 1 jam sebelum mandi sebelah petang. Selain itu digalakkan bertungku pada masa badan terasa sejuk-sejuk atau terasa tidak selesa akibat perjalanan darah tidak lancar. |
|
Terakhir dikemaskini ( Ahad, 02 November 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Ditulis oleh Miey Ahmad
|
|
Rabu, 27 Ogos 2008 |
|
Assalamualaikum wr wbt.. dan Salam ceria buat semua rakan@teman@sahabat yang terus setia bersama Mengandung.com.. Setelah sekian lama menyepi kini saya kembali dengan berita gembira. Pada 22 Julai 2008 yang lalu saya telah ke Gombak Medical Centre (GMC) dan di sahkan hamil anak ke 4 (usia kehamilan 7-8 minggu) . Alhamdulilah. Rezeki yang Allah berikan untuk kami sekeluarga. Berikut gambar Pregnancy Test yang telah dibuat:
InsyaAllah saya akan cuba berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang kini juga sedang hamil. Sehingga ketemu lagi dengan maklumat baru dan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak tak lama lagi ;-) Wassalam |
|
Terakhir dikemaskini ( Rabu, 27 Ogos 2008 )
|
|
|
Mengenali bayi anda sejurus kelahiran |
|
|
|
|
Ditulis oleh Miey Ahmad
|
|
Isnin, 23 Jun 2008 |
|
Saat getir yang dilalui semasa kelahiran hilang sejurus bayi anda lahir. Saat indah ini sudah tentu ingin dikongsi bersama orang tersayang anda. Namun banyak yang perlu anda tahu tantang bayi anda. Selain doktor, anda juga perlu tahu tentang ciri-ciri fizikal umum bagi bayi baru lahir anda: 1. Bahagian kepala: - Bentuk kepala bayi anda mungkin berbentuk agak ganjil (tidak bersimetri) disebabkan oleh tekanan semasa proses kelahiran. Bentuk kepala akan kembali normal selepas beberapa minggu.
- Bahagian kepala bayi juga mempunyai fontanel iaitu bahagian ubun-ubun kepala atau tompok lembut ditengah-tengah kepala. Keadaan ini disebabkan oleh tulang tengkorak yang masih belum bersambung dan pada kebiasaannya ia akan sempurna terbentuk menjelang usia 18 bulan.
2. Bahagian mata: - Warna mata bayi biasanya berwarna biru. Jika warna mata putih bayi kekuningan menunjukkan hatinya yang belum berfungsi sepenuhnya. Ia berlaku pada usia 2-3 hari. Namun ada juga penyakit kuning yang serius.
- Kelopak mata bayi akan kelihatan membengkak.
3. Bahagian kaki dan tangan: - Biasanya terdapat kesan kebiruan atau berbintik pada bahagian tangan dan kaki. Ini kerana peredaran darah bayi yang baru lahir belum berkembang sepenuhnya. Selain itu berlaku juga pengelupasan kulit.
4. Bahagian buah dada: - Buah dada akan kelihatan agak besar atau membengkak. Ianya adalah normal bagi kedua-dua jantina.
5. Bahagian kulit: - Biasanya kulit bayi baru lahir berbintik biru atau kelabu terutamanya pada punggung dan anggota badan. Selain itu ada juga yang menganggap sebagai tanda lahir. Ia mengambil masa untuk hilang.
- Bulu roma halus akan kelihatan agak ketara dan akan hilang selepas beberapa minggu.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 23 Jun 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Ditulis oleh Miey Ahmad
|
|
Khamis, 12 Jun 2008 |
|
Apakah D & C? D & C adalah singkatan bagi Dilatation and Curettage. Ia merupakan salah satu daripada prosidur rawatan ke atas wanita yang mengalami masalah pendarahan luar biasa tanpa henti antara period atau keguguran. D&C akan dilakukan apabila beraku: - Keguguran tidak sempurna (incomplete abortion)
- Keguguran (missed abortion)
- Kes-kes pendarahan yang luar biasa ( Endometrial cancer,Fibroid tumors, Abnormal uterine bleeding or Polyps)
Ianya dilakukan untuk tujuan membersihkan rahim daripada sisa-sia tinggalan kandungan selepas keguguran. Berikut gambar alatan yang digunakan untuk prosidur D&C:  Biasanya hasil makmal daripada D&C akan dapat memberikan maklumat yang tepat tentang punca sebenar pendarahan yang berlaku, samada tisu yang dikeluarkan jenis tisu kanser atau tidak. Prosidur D&C ini hanya mengambil masa yang singkat iaitu antara 10-15 minit sahaja. Biasanya selepas 1-2 minggu rawatan, pemeriksaan ulangan akan dilakukan. |
|
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 12 Jun 2008 )
|
|
|
Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bayi Baru Lahir |
|
|
|
|
Ditulis oleh Miey Ahmad
|
|
Jumaat, 06 Jun 2008 |
|
Terdapat beberapa perkara penting yang kita perlu ambil berat tentang bayi yang baru lahir, iaitu tabiat usus dan pundi kencing: 
- Berapa kerapkah bayi kita patut membuang air kecil dalam masa sehari?
Pada awal kelahiran pundi kencing bayi kita masih kosong dan ia tidak mempunyai kawalan terhadapnya. Pada kebiasaannya bagi bayi yang berusia 6 minggu, ia akan membuang air kecil 20 - 30 kali setiap 24 jam. Namun ini tidaklah bermakna kita perlu menukar lampinnya sekerap itu. Apa yang penting kita perlu pastikan lampinnya tidak terlalu basah dan tidak dibiarkan terlalu lama.
- Bagaimana kita boleh kenal pasti bayi telah membuang air kecil secukupnya?
Petunjuk terbaik yang dapat membantu anda memonitor lampin bayi ialah berat lampin. Jika selama 3 jam atau lebih lampin bayi anda masih kering bererti bayi anda telah terdehidrat. Oleh itu anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor ataupun bidan yang datang membuat lawatan kesihatan.
- Bagaimana pula jika ada kesan darah dalam air kencing?
Tidak mungkin ada darah dalam kandungan air kencing bayi baru lahir. Biasanya warna merah jambu atau kesan merah kelihatan disebabkan oleh garam kimia yang dipanggil urate. Ianya adalah bahan buangan biasa dalam air kencing. Sekiranya kencing bayi mengandungi darah maka ia adalah keadaan luar biasa dan serius. Anda perlu segera merujuk kepada doktor untuk menangani masalah ini.
- Apakah maknanya jika air kencing bayi berbau?
Ada 3 kemungkinan besar yang menyebabkan kencing bayi berbau: 1. Lampin dibiarkan terlalu lama. 2. Air kencing pekat - berlaku disebabkan bayi kekurangan air dalam badan. 3. Jangkitan pada saluran kencing bayi. Perlu rawatan segera.
- Berapa kerapkah pula bayi perlu membuang air besar?
Kebiasaanya bayi baru lahir akan membuang air besar beberapa kali dalam sehari. Dalam 6 minggu pertama puratanya adalah antara 3 atau 4 kali sehari. Bayi yang meminum susu ibu biasanya tinjanya agak cair. Namun ini tidak bermakna ianya mengalami masalah cirit birit selagi bayi kelihatan sihat. Namun sesetengah ibu yang mengamalkan jamu perlu lebih prihatin kerana mungkin boleh berlaku masalah cirit birit. Penting diingatkan bahawa ada sesetengah bayi yang tidak membuang air besar dalam beberapa hari. Jika anda ada membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sejak lahir, biasanya tiada masalah.
- Apakah warna yang normal bagi tinja bayi yang baru lahir?
Dalam masa 24 jam pertama hidupnya, bayi anda akan menghasilkan mekonium, bahan melekit dan berwarna hitam kehijauan, yang terdiri daripada hempedu dan mukus. Dalam tempoh 1 ke 2 hari, ia akan bertukar warna kepada coklat kehijauan - mungkin berair.
- Apakah bezanya tinja untuk bayi yang meminum susu ibu berbanding susu botol?
Bayi yang meminum susu ibu biasanya tinjanya berwarna kuning keperangan atau kuning oren serta berbau seperti susu masam atau yogurt basi. Boleh juga didapati berwarna hijau terang. Manakala bayi yang meminum susu botol, biasanya tinjanya banyak. Berwarna coklat muda dan agak berbau. Ini kerana bahan buangan ini mengandungi campuran bakteria. Jika tinja berwarna hijau dan berair, ini menunjukkan bayi mengalami cirit-birit. |
|
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 06 Jun 2008 )
|
|
|
|
<< Mula < Seb 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>
|
| Keputusan 28 - 36 terhadap 82 |