|
Ditulis oleh Miey Ahmad
|
|
Selasa, 13 Mei 2008 |
|
Penyusuan ibu memerlukan persediaan sejak dari awal lagi khususnya sejak ibu mula mengandung. Puting susu bolehlah dibersihkah dengan air panas atau sabun. Buah dada juga elok diurut menghala ke arah puting. Segala kekotoran pada puting buah dada perlu dibersihkan kerana ini boleh menyebabkan aliran susu tersumbat. Kejayaan penyusuan juga banyak bergantung kepada taraf kesihatan dan pemakanan ibu yang mengandung. Jika ibu mengalami sebarang masalah kesihatan dan masalah kekurangan zat pemakanan, keadaan ini boleh menjejaskan atau mengganggu proses penyusuan. Penting bagi ibu mendapatkan sumbet zat protein yang mencukupi, vitamin serta zat logam khususnya zat besi kerana zat pemakanan ini akan masuk ke dalam air susu bagi memenuhi keperluan bayi. |
|
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 13 Mei 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Ditulis oleh Miey Ahmad
|
|
Selasa, 13 Mei 2008 |
|
Tahun pertama kehidupan seorang bayi adalah sangat penting kerana pada jangka waktu inilah pertumbuhan fizikal dan mental mula berkembang. Penting bagi ibu mengetahui khasiat dan kebaikan menyusukan bayi. Ini kerana dengan penyusuan ibu dapat mengelakkan jangkitan kuman khususnya jangkitan yang melibatkan paru-paru dan otak, masalah pernafasan yang mungkin disebabkan oleh kelahiran belum cukup bulan atau bayi yang lahir dengan timbang berat yang rendah. Semua faktor ini, boleh menyebabkan bayi mati. |
|
Baca lagi...
|
|
|
Ditulis oleh Miey Ahmad
|
|
Selasa, 13 Mei 2008 |
|
1. Kelahiran normal Kaedah ini merupakan kaedah yang paling diinginkan oleh setiap ibu. Saat inilah pelbagai pengalaman yang menegangkan,menyakitkan bahkan membahagiakan. Biasanya doktor akan menggunakan kaedah Episiotomy melibatkan pemotongan kecil pada otot luar vagina. Ini bagi memudahkan proses bayi keluar. 2. Kelahiran cara forsep Kelahiran cara forseps adalah kelahiran dengan bantuan alat yang dikenali sebagai forseps. Sekiranya digunakan dengan betul, ia tidak berbahaya malah mungkin boleh menyelamatkan nyawa. Antara indikasi penggunaannya: - Kes sakit jantung ataupun darah tinggi, forseps dapat membantu ibu untuk tidak meneran terlalu kuat.
- Bayi sudah terlalu lama dalam pintu rahim. Ada kalanya ibu tidak dapat meneran dengan baik dan kepala bayi tersekat lama dan boleh membahayakan bayi.
- Keadaan bayi sonsang
|
|
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 13 Mei 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Ditulis oleh Miey Ahmad
|
|
Isnin, 12 Mei 2008 |
|
Apa khabar rakan rakan sekalian... Ok... sekarang saya nak sambung tentang "Selepas Kelahiran" sikit. Sebaik sahaja kita berjaya melahirkan anak. Bayi kita akan dibawa oleh pembantu perubatan untuk dimandikan. Oh ya, sebelum tu, bayi akan dihampirkan ke muka dan dada kita sebagai "sentuhan pengenalan" antara anak dan ibu. Sementara itu, Dr. akan mengeluarkan uri - biasanya uri ikut sekali keluar bersama bayi dan ada juga kes uri yang tertinggal di dalam rahim. Apa apa pun, proses tersebut sekejap sahaja dilakukan oleh Dr. Pakar. |
|
Baca lagi...
|
|
|
Berehat Di Kolam Kelah... |
|
|
|
|
Ditulis oleh Miey Ahmad
|
|
Sabtu, 10 Mei 2008 |
|
Assalamualikum wr wbt, Salam ceria buat semua teman.. Mohon maaf kerana tidak dapat bersama rakan yang hadir di Taklimat Aladdin Home Medic SPA pagi tadi. Semalam bertolak dari KL ke kelantan. Memanglah penat setelah lebih 6 jam perjalanan tanpa henti. Malam tu terus tertidur. Pepagi bila dah nampak kolam kelah dekat tepi rumah, penat dan sakit badan terus hilang. Apatah lagi bila time bagi makan ikan. Best rasanya. Macam rawatan SPA dengan terapi ikan.
Ikan-ikan ni jinak sekali, menggigit jari-jari saya. Geli-geli pun ada rasanya bila nampak banyak betul ikan. ;-) Buat rakan-rakan yang teringin nak cuba cari ketenangan, bolehlah datang ke kampung saya ni. Memang diusahakan oleh suami bersama ayah saya.
Sebenarnya saya balik menemankan suami untuk urusan ikan kelah dan gaharunya. Malah dah lama tak jumpa emak ngan ayah yang agak sibuk mengurus persiapan majlis kahwin adik yang tak lama lagi bakal berlangsung. Esok pulak hari ibu, ini lah masanya berkesempatan ucapkan selamat hari ibu buat emak tersayang. Hehehe.. Moga hujung minggu rakan-rakan Mengandung.com semua juga ceria hendaknya! Mana-mana rakan Mengandung.com yang meminati hobi ini boleh layari: http://www.ikankelah.com Salam ceria hujung minggu buat semua. |
|
Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 10 Mei 2008 )
|
|
|
|
<< Mula < Seb 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>
|
| Keputusan 37 - 45 terhadap 82 |