• Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
JA slide show

Maklumat Terkini

 Staminex

Kategori:       Homeopati
Isi:     45 Biji
Tempoh Penggunaan:     Bergantung kepada kekerapan mengambilnya.


Kesesuaian:
Istimewa buat ahli sukan dan mereka yang kuat bekerja. Malah amat baik digunakan oleh ibu hamil untuk memberi tenaga dan menghilangkan lenguh badan serta lesu.

Baca lagi...
 
Utama arrow Informasi arrow Rancang Kehamilan arrow Umur Ibu Yang Sesuai
Advertisement
Umur Ibu Yang Sesuai PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Sabtu, 01 Julai 2006

Umur Ibu Yang Sesuai

 Umur yang ideal untuk seseorang wanita itu hamil ialah 20 hingga 35 tahun. 

Jika hamil pada usia terlalu muda?

 Bagi wanita yang hamil pada usia yang terlalu muda (belasan tahun, dia mungkin tidak bersedia dari segi fizikal, mental dan metarial. Pada usia tersebut, hormon-hormon dalam badan wanita baru hendak matang dan kitaran haidnya baru hendak stabil.

Kehamilan diusia ini sering dikaitkan kehamilan yang tak dirancang kesan pergaulan bebas remaja zaman sekarang. Ketidaksediaan ini mengundang kepada gejala menggugurkan kandungannya secara haram. Jadi sekiranya proses pengguguran ini berlaku dan ditakuti ia dilakukan pula oleh orang yang tidak bertauliah maka kesannya mungkin boleh mengakibatkan komplikasi jangkitan rahim, trauma dan tidak subur untuk jangka masa yang agak lama dan seterusnya boleh menggugat potensi untuk hamil pada masa akan datang. Amat membimbangkan lagi jika kehamilan berlaku di saat kromoson tidak cukup matang boleh menyebabkan kelahiran bayi sindrom down di kalangan wanita pada usia terlalu muda.

Gejala ini semakin meluas dan amat membimbangkan. Kebanyakan guru-guru yang ditemubual memberitahu bahawa pelajar sekolah sudah tidak malu dan berebut-rebut untuk pecahkan dara masing-masing. Na'uzubillah. 

Jika hamil pada usia melebihi 35 tahun?

 Kehamilan pada usia melebihi 35 tahun juga mengundang pelbagai masalah dan risiko. Ini kerana:

  1. Selepas usia menjangkau 35 tahun ke atas setiap wanita akan mengalami penurunan dalam kualiti telur yang di hasilkan oleh ovari. Jadi sudah tentu kita tidak mahu zuriat yang akan kita lahirkan nanti lemah dan sering sakit. Malahan untuk hamil juga memakan masa yang agak lama.
  2. Sebagaimana yang kita tahu umur berkait rapat pula dengan perubahan hormon. Jadi kemungkinan berlaku pengeluaran telur lebih dari satu. Seterusnya boleh menyebabkan berlaku kehamilan kembar dua atau lebih.
  3. Wanita yang hamil pada usia lanjut juga mudah mengalami masalah diabetes. Ini berlaku kerana kesukaran untuk mengawal kandungan gula dalam darah melalui diet, senaman dan gaya hidup.
  4. Kehamilan pada usia lanjut juga mungkin sukar untuk bersalin secara normal. Ia memerlukan pembedahan akibat masalah seperti darah tinggi, kencing manis mahupun masalah uri di bawah.
  5. Seterusnya kemungkinan besar akan berlaku masalah risiko chromosome yang tidak normal di mana bayi yang dikandung boleh mengalami Down Syndrome.
  6. Akhir sekali ialah risiko keguguran.
Moga apa yang dikongsikan di atas ini memberikan gambaran dan panduan buat kita semua.
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 02 Mei 2008 )
 
< Prev   Seterusnya >

eKedai


List All Products


Advanced Search
Show Cart
5 Products,
RM707.00