




|
Salindah Set Lengkap Rencana Pemakanan Dan Rawatan Ibu Hamil Dari Awal Kehamilan Sehingga Habis Pantang. Ia sesuai digunakan oleh semua ibu hamil. Salindah membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. |
|
| Baca lagi... |
Informasi
Kehamilan Dan Kelahiran
Persediaan Untuk Menyambut Bayi Anda
| Persediaan Untuk Menyambut Bayi Anda |
|
|
|
| Ditulis oleh Miey Ahmad | |
| Ahad, 27 April 2008 | |
|
Persediaan Untuk Menyambut Bayi Anda Anda pernah bersalin? Jika pernah, sudah tentu anda mempunyai pengalaman yang sungguh berharga. Jika anda sedang mengandung anak yang pertama… harap tulisan seterusnya dapat memberikan anda idea persediaan untuk menghadapi masa masa hampir nak bersalin sehinggalah akhirnya melahirkan bayi yang ditunggu tunggu:) Apabila anda mengalami tanda tanda untuk bersalin, anda perlu ke pusat bersalin atau pun hospital yang anda telah pilih dengan segera. Jadi ada baiknya, sebelum sakit bersalin lagi, anda telah pergi berjumpa Dr. atau kakitangan di sana untuk mengetahui prosedur kemasukan dan bagaimana proses seterusnya. Setiap pusat bersalin atau hospital mempunyai prosedurnya yang tersendiri. Oh ya, sebelum anda ke pusat bersalin @ hospital, anda harus membawa (biasanya suami lah yang akan membawanya) perkara berikut:
![]() Untuk Bayi:
Penting: Jangan bawa terlalu banyak kelengkapan. Bawa secukupnya untuk mungkin 1-2 malam sahaja ( bersalin normal) Hmm jika ada yg terlepas, maybe rakan rakan yang dah bersalin dan ada pengalaman tu boleh tambah tambah.
Seterusnya ialah saat untuk bersalin, sebaiknya suami anda ada bersama anda, menggenggam tangan anda, memberikan kata kata semangat kepada anda, memanjatkan doa ke hadrat Allah swt agar proses anda melahirkan anak berjalan dengan baik sekali, Insya Allah. Suami memang dibenarkan untuk menemani anda. Bagaimanapun ada suami yang takut melihat darah, tak berani nak bersama menemani isteri yang hendak bersalin, nanti dia pulak yang pengsan. So, tanya suami anda bebetul dahulu, jika suami tak boleh, ibu anda boleh menggantikannya. |
|
| Terakhir dikemaskini ( Ahad, 27 April 2008 ) |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|